Total Pageviews

Sunday 25 September 2011

Tomato Ceri

Tanam tomato ceri bukanlah susah sangat cuma kena banyak buat try & error sahaja............


Penyediaan Tanah
1. Mula2 sediakan polibeg saiz 12 x 18 inci.
2. Satu beg tanah organik + satu skop tahi ayam + tanah hitam ( anggaran 2 kilo ), gaul semua bahan2 dan
    masukkan tanah dalam polibeg dan siram 2 kali sehari ( cepat sebati )

Penyediaan Anak Benih Pokok Tomato
1.Rendam biji tomato dalam air hujan @ air paip selama semalaman.
2.Letak biji dalam bekas semaian yang telah dibasahkan ( tutup dengan hitam selama 2 hari ).Gunakan tanah
   organik pada bekas semaian.Tarikh semai lupa, tapi hujung bulan 7 / 2011.
3. Pindahkan anak benih yang telah mencapai panjang kira-kira 4 inci ke kedalam polibeg.Boleh letak pokok
    terus dibawah cahaya matahari.
4. Gunakan penyokong untuk memastikan pokok sentiasa tegak.Pada peringkat ini penyiraman air amat
    penting, siram 2 kali sehari, bukan pada tanah sahaja tapi dengan daun2 sekali mesti di siram.
Pokok percubaan, manalah tahu menjadi
Hasilnya ( belum masak lagi )
Nah............masak sudah

Wednesday 21 September 2011

Cili oh cili...............

Baka cili ni aku import dari rumah mak aku, asalnya tanam suka-suka, pastu menjadi la pulak.....lagi pun penjagaannya tak rumit mana pun, baja cukup, siram 2 kali sehari insyaallah menjadi...cuma aku pening sikit masa anak pokok kecik2 selalu kena penyakit daun kerinting...................ada sape2 boleh tolong
Subur baja tahi ayam............
Tak dan nak petik........burung dah makan dulu, rezeki burung

Monday 19 September 2011

Anda suka berkebun..............

Hobi berkebun memang best, tapi penat la sikit tapi hasilnya memang berbaloi-baloi...tak percaya.Berkebun boleh menyihatkan badan, hilang stress lepas kerja dan yang best dapat tengok dan menikmati hasilnya.....

Keluasan tanah belakang rumah yang tak berapa luas...........gunakan semaksima mungkin
100% tanpa racun serangga dan baja kimia ( guna baja tahi ayam )

terbaik dari ladang

Korban................

Kenangan program korban 2008.........